Apr 6, 2010

SKSPM 2010

Seminar Kecemerlangan SPM 2010 merupakan seminar anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan (USMKK) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dan juga Pejabat Pelajaran Daerah.



Objektif utama seminar ini diadakan ialah untuk meningkatkan tahap kemampuan dan daya saing para peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 terutamanya dalam akademik, sahsiah dan pengetahuan. Seminar ini mendedahkan para peserta mengenai teknik menjawab soalan SPM secara tepat dan terbaik, serta mendedahkan kepada para peserta tentang kehidupan dunia kampus. Di samping itu, aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri, kemantapan sahsiah dan "soft skill" ke arah melahirkan generasi yang berimpian, berwawasan dan cemerlang dalam segala aspek.

Tarikh : 6-10 Jun 2010